REACH US +6012 919 0210

MyPACMyPAC
  • Home
  • About Us
    • Mission & Vision
    • What we do
    • Board of Directors
    • Management Team
    • MyPAC – Zakat Authorities Collaboration Initiative
    • Pathways
  • Be Part of MyPAC
  • Programmes
    • Post SPM CAT – ACCA
    • Post CAT/Diploma ACCA
    • Post Degree ACCA (Full-Time Study)
    • Post Degree ACCA (Part-Time Study)
  • Our Partners
    • Professional Bodies
    • Sponsoring Partners
    • Training Service Providers
  • News & Events
  • Contact Us
  • Home
  • About Us
    • Mission & Vision
    • What we do
    • Board of Directors
    • Management Team
    • MyPAC – Zakat Authorities Collaboration Initiative
    • Pathways
  • Be Part of MyPAC
  • Programmes
    • Post SPM CAT – ACCA
    • Post CAT/Diploma ACCA
    • Post Degree ACCA (Full-Time Study)
    • Post Degree ACCA (Part-Time Study)
  • Our Partners
    • Professional Bodies
    • Sponsoring Partners
    • Training Service Providers
  • News & Events
  • Contact Us

Events

  • Home
  • Events
  • Program Sumbangan Iqra’ Lembaga Tabung Haji (TH)

Program Sumbangan Iqra’ Lembaga Tabung Haji (TH)

Datuk Nik Mohd Hasyudeen, CEO of TH with the scholars of TH-MyPAC Professional Accountancy Programme.

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Iqra’ TH tahun 2019 kepada para pelajar berstatus asnaf yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Program ACCA (Association of Chartered Certified Accountants). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH bertempat di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.

Bagi Program Iqra’ TH tahun ini, TH telah bekerjasama dengan Pusat Zakat dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti untuk menyerahkan sumbangan keseluruhan sebanyak RM4,500,000.00 kepada enam (6) buah IPTA terpilih sekitar kawasan Lembah Klang untuk manfaat lebih daripada 2,200 pelajar asnaf.

TH juga julung-julung kalinya bekerjasama dengan MyPac (Malaysia Professional Accountancy Centre) dengan memberikan penajaan kepada 10 orang pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berstatus asnaf untuk menjalani Program ACCA sepenuh masa dan separuh masa. TH memperuntukkan sebanyak RM454,032.90 bagi program ini yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan Akauntan Profesional Bumiputera (BPA) Islam yang mempunyai kelayakan perakaunan professional.

“Objektif utama Program Iqra’ TH adalah memberikan bantuan pendidikan bagi menampung perbelanjaan pengajian pelajar asnaf daripada keluarga B40 untuk membayar yuran pengajian, pembiayaan asrama, dewan makan, kos sara diri dan perbelanjaan diri masing-masing. TH mengambil inisiatif ini dengan bekerjasama dengan beberapa buah universiti tempatan dan MyPAC bagi meringankan beban para pelajar asnaf yang berpotensi pada masa hadapan,” kata Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.

Program Iqra’ TH adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH dalam membentuk modal insan ke arah berpendidikan tinggi dan memberi peluang golongan asnaf meneruskan pendidikan ke peringkat profesional.

Start Time

12:00 am

Friday, April 17, 2020

Finish Time

12:00 am

Saturday, April 18, 2020

  • Share:

Leave A Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Buy Ticket

  • Total Slots
    0
  • Booked Slots
    0
  • Cost
    Free
  • Quantity

You must set payment setting!

footer logo

ADDRESS:
Unit 6.4, Level 6, Block B, Dataran PHB,
Saujana Resort, Section U2, Saujana,
40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

EMAIL:
info@mypac.org.my

CONTACT NUMBER:
+603 7831 9990 (Office No)
+6012 919 0210 (Whatsapp No)

SITEMAP

  • Home
  • About Us
  • Be Part of MyPAC
  • News & Events
  • Contact Us

NEED HELP

  • OUR COMMUNITY
  • STORY ABOUT US
  • KEEP IN TOUCH

FOLLOW US ON

Copyright © 2018 | All Rights Reserved by MyPAC. Designed by Website Design Malaysia

Copyright © 2018 | All Rights Reserved by MyPAC. Designed by Website Design Malaysia